Friday, 3 February 2012

Jumlah penagih dadah diberkas naik 13%

Jumlah penagih dadah diberkas naik 13%                                        JUMLAH penagih dadah yang diberkas Biro Narkotik Pusat (CNB) meningkat sebanyak 13 peratus daripada 2,887 penagih pada 2010 kepada 3,265 pada tahun lalu.
Biarpun jumlah penagih baru yang diberkas berkurang, jumlah penagih muda berusia di bawah 20 tahun yang diberkas meningkat.
Perangkaan CNB menunjukkan, heroin dan methamphetamin kekal sebagai dadah yang kerap disalah guna.
Di samping itu, CNB akan bekerja rapat dengan Pasukan Bertindak Dadah, yang diketuai oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, untuk memastikan bahawa usaha kawalan dadah kekal relevan dan berkesan dalam landskap yang kian berubah.
CNB juga akan turut mempererat kerjasama dengan pihak berkuasa serantau untuk membasmi kegiatan dadah di rantau ini.
Tarikh akhbar: 4 Feb 2012

Pekelah mula bermain semula dalam laut Pasir Ris


Pekelah mula bermain semula dalam laut Pasir Ris
Pemberita : Ervina Mohd Jamil
Ringkasan Akhbar: Hampir setiap hujung minggu sejak awal bulan ini, Cik Rosziyah Idris sekeluarga bersantai di pantai Pasir Ris. Namun, beliau tidak membenarkan anak-anaknya bermain di laut di situ kerana Airnya kelihatan kotor dan saya rasa tidak selamat'.Laut Pasir Ris dibuka semula kepada orang ramai Jumaat lalu, selepas mutu airnya disahkan bertambah baik tahun lalu oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).Tarikh Berita:30Jan 2012 .                                                                                                                                   Pendapat/Pandangan : Kita harus menjaga kebersihan alam persekitaran kite,terutama air laut supaya ramai orang dapat menikmati alam persekitaran yang bersih dan nyaman.