Friday, 3 February 2012

Jumlah penagih dadah diberkas naik 13%

Jumlah penagih dadah diberkas naik 13%                                        JUMLAH penagih dadah yang diberkas Biro Narkotik Pusat (CNB) meningkat sebanyak 13 peratus daripada 2,887 penagih pada 2010 kepada 3,265 pada tahun lalu.
Biarpun jumlah penagih baru yang diberkas berkurang, jumlah penagih muda berusia di bawah 20 tahun yang diberkas meningkat.
Perangkaan CNB menunjukkan, heroin dan methamphetamin kekal sebagai dadah yang kerap disalah guna.
Di samping itu, CNB akan bekerja rapat dengan Pasukan Bertindak Dadah, yang diketuai oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, untuk memastikan bahawa usaha kawalan dadah kekal relevan dan berkesan dalam landskap yang kian berubah.
CNB juga akan turut mempererat kerjasama dengan pihak berkuasa serantau untuk membasmi kegiatan dadah di rantau ini.
Tarikh akhbar: 4 Feb 2012

1 comment:

  1. Ringkasan yang bagus . Saya rasa kita tidak boleh makan dadah sembarangan.

    ReplyDelete